LATIHAN ANAEROBIK DAN AEROBIK
PENGENALAN
Latihan anaerobik dan aerobik merupakan satu latihan yang berbeza dari segi perbezaan dalam penghasilan tenaga. dimana latihan anaerobik merupakan satu latihan yang tidak menggunakan penggunaan oksigen dalam proses penghasilan tenaga manakala latihan aerobik merupakan aktiviti yang memerlukan oksigen untuk menghasilkan tenaga.
LATIHAN ANAEROBIK
Latihan anaerobik merupakan satu latihan intensiti tinggi yang melibatkan masa yang singkat dan menyebabkan berlakunya metabolisma anaerobik. Latihan jenis ini biasanya digunakan oleh atlet dalam sukan yang melibatkantempoh yang singkat. Latihan anaerobik tidak melibatkan penggunaan oksigenbagi menghasilkan tenaga. Terdapat dua jenis metabolism yang digunakan untuk menghasilkan tenaga yang digunakan dalam latihan anaerobik iaitu sistem ATP-PC dan Glikolisis. Beberapa contoh aktiviti anaerobik seperti larian 100m,bola keranjang, angkat berat dan berenang 100m.

Selain itu, latihan anaerobik digunakan untuk meningkatkan
kekuatan,kelajuan dan kuasa serta saiz otot berdasarkan keperluan sesuatu
sukantersebut. Contoh latihan anaerobik yang digunakan untuk
meningkatkankeupayaan anaerobik seseorang atlet adalah latihan bebanan, latihan
plyometrik,latihan isometric, circuit training. Latihan bebanan boleh digunakan
untukmeningkatkan kekuatan otot dan kelajuan. Peningkatan keupayaan
anaerobikadalah penting bagi seseorang atlet kerana kebanyakan pergerakan
dalamsukan merupakan pergerakan yang “explosive” serta akan melibatkan
kedua-duakomponen ini (kekuatan + kelajuan).
Sekiranya keupayaan anaerobik meningkat dan dapat
menghasilkan jumlah daya yang tinggi serta cepat, maka pergerakan tersebut
dikelaskankepada pergerakan yang mempunyai kuasa tinggi (power). Seandainya
atlettidak mempunyai keupayaan untuk menghasilkan kuasa, maka keupayaan untukmelakukan
pergerakan akan terhad. Keadaan ini diterangkan apabila seorangatlet yang
kurang mempunyai keupayaan anaerobik akan mengalami kesukaranuntuk menyepak
bola (bola sepak) dan memukul bola (hoki, softball). Latihan bebanan
dapat meningkatkan komponen-komponen ini (kekuatan, kelajuan,kuasa) kerana
latihan bebanan akan meningkatkan saiz dan jumlah “contractileprotein filament”
ataupun myofilament dalam otot serta diameter fiber otot akanmeningkat supaya
menghasilkan daya yang tinggi.
LATIHAN AEROBIK
Latihan Aerobik pula melibatkan latihan ataupun aktiviti
yang berintensiti rendah dan dijalankan dalam tempoh masa yang lama. Latihan
jenis inimelibatkan serta meningkatkan keupayaan penggunaan oksigen dalam
badan. Latihan ini melibatkan penggunaan oksigen oleh
badan untuk menghasilkan tenaga melalui proses metabolism. Metabolism bagi
latihan aerobic melibatkan penggunaan serta kehadiran oksigen dalam
proses penghasilan tenaga. Metabolisma aerobic adalah oxidative phosphorylation
seperti Kitar Krebs dan Electron Transport Chain.
Terdapat banyak jenis latihan yang dapat digunakan untuk
meningkatkan keupayaan aerobik seseorang atlet seperti latihan Fartlek, latihan
interval, larian, berenang, aerobic dance exercise, berbasikal,
mendayung.Keupayaan aerobik biasanya dikaitkan dengan keupayaan kardiovaskular
seseorang atlet. Continuous training merupakan contoh latihan yang
kerap digunakan untuk meningkatkan keupayaan aerobic. Program latihan
secara continuous training yang biasa digunakan untuk meningkatkan
keupayaanaerobic haruslah berasakan konsep FITT (F-Frequency, I-Intensity,
T-Type, T-Time).
Mekanisma yang terlibat dalam meningkatkan keupayaan aerobik
dari segi adaptasi fisiologikal adalah meningkatkan kadar denyutan nadi,
meningkatkan strokevolume serta meningkatkan cardiac output. Peningkatan tiga
komponen fisiologikal inimerupakan penentu kepada kadar maksimum oksigen yang
dapat digunakan bagi menghasilkan tenaga semasa melakukan aktiviti fizikal.
Setelah menjalani latihan (bagisesuatu tempoh), adaptasi fisiologikal oleh
atlet tersebut akan menyebabkan keupayaan aerobik meningkat kerana jantung dapat
mengepam lebih banyak darahsetiap kali kitar yang mana akan mengakibatkan kadar
denyutan rendah semasamelakukan aktiviti fizikal. Apabila kadar denyutan semasa
melakukan aktiviti menurun,maka seseorang atlet itu akan dapat bertahan bagi
suatu tempoh masa yang panjang.Keadaan ini telah menunjukkan bahawa keupayaan
aerobik atlet tersebut telahmeningkat.
KESIMPULAN
latihan ini amat berguna untuk setiap atlet dan harus seimbang untuk menghasilkan atlet yang berkualiti.
Comments
Post a Comment