PSIKOLOGI
- 'Psikologi' didefinisikan sebagai satu kajian saintifik tentang tingkahlaku dan proses pemikiran manusia
PSIKOBIOLOGI
- Definisi berkenaan dengan Psikobiologi dapat ditafsirkan dengan maksud sebuah kajian mengenai proses mental manusia yang berkait dengan tingkah laku manusia serta proses fisiologi yang berlaku di dalam badan manusia.
- Kebimbangan otak berfungsi semasa aktiviti fizikal.
DEFINISI SISTEM KOORDINASI
- Sistem koordinasi adalah sistem organ yang saling bekerja sama secara efisien untuk melakukan fungsi tertentu. Sistem koordinasi terdiri dari sistem saraf dan sistem endokrin.
Kepentingan Sistem Koordinasi
- Menjamin dan memastikan setiap anggota dapat berfungsi secara bersepadu dan dalam keadaan sihat dan seimbang.
- Mengelakkan diri daripada bahaya dan menyesuaikan diri kepada sebarang perubahan persekitaran luar dan persekitaran dalam.
SISTEM SARAF
Sistem saraf merupakan salah satu sistem koordinasi yang bertugas menyampaikan rangsangan dari reseptor untuk direspon oleh tubuh. Sistem saraf memungkinkan makhluk hidup tanggap dengan cepat terhadap perubahan-perubahan yang terjadi di lingkungan luar mahupun dalam.
Fungsi Sistem Saraf
- sebagai alat penerima rangsangan,
- berfungsi menerima rangsangan (impuls) dan memberikan maklumat tentang impuls tersebut ke otak.
- Mengawal dan menyelaraskan fungsi dan aktiviti organ-organ dalam badan,
- Bertindak balas terhadap perubahan dalam persekitaran.
- mempunyai sel iaitu neuron.
Jenis Jenis Neuron
Terdiri daripada tiga jenis neuron iaitu:
- a)Neuron Deria (membawa impuls dari organ deria ke sistem saraf)
- b)Neuron Perantaraan (menghubungkan isyarat daripada neuron deria ke neuron motor)
- c)Neuron Motor (menghantar impuls saraf dari sistem saraf pusat ke efektor)
Gambar rajah neuron
respon yang terlibat dalam sistem saraf
SISTEM ENDOKRIN
Sistem endokrin adalah suatu sistem dalam tubuh manusia yang bertugas untuk menghasil dan mengawal hormon yang berfungsi untuk mengatur seluruh kegiatan organ-organ dalam tubuh manusia
Gambar Rajah sistem endokrin
FUNGSI-FUNGSI SISTEM ENDOKRIN
komponen Yang Terlibat Dalam Sistem Endokrin
- Kelenjar: Merembeskan produk ke salur darah secara terus
- Hormon: Bahan kimia yang dirembeskan untuk menyampaikan maklumat
- Sel Sasaran: Sel yang mempunyai reseptor yang khusus kepada hormon tertentu
- Reseptor: Protein yang terdapat pada dinding membran yang mengenal hormon tertentu yang boleh merangsang perubahan sel.

Gambar rajah fungsi endokrin
Comments
Post a Comment